Rintitan Hidup - Intro

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blog, aku kini kembali mengarang semula. Mungkin ayat karangan ni semakin matang? HAHAHAHA!!. Macam-macam nak luah, namun tak terluah. Macam-macam dah berlaku, namun macam ni juga keadaan aku, tak berubah-ubah.

Dari zaman Universiti, habis belajar, kerja, berhenti, kerja,berhenti. Yang terbaru tidak pergi interview RHB. Alhamdulillah mujur mak memahami. Bukan minat aku jadi nak buat macam mana kan? Aku memilih kerja? tak juga, sebab sekarang aku kerja part time dengan gaji RM800. OK ke? X ok utk nilai degree aku tu?
Aku pun jual barangan #SavonDeBali. OK ke product ni? OK sesuai dengan kulit aku, sebab tu aku jadi dealer untuk product ni.(Nanti aku story pasal product ni).

Sebelum ni, aku pernah kerja GOV(contract yang x contract) pakai buang punya kerja, orang atas suka betul guna tenaga aku dan otak aku untuk siapkan kerja diaorg, last-last aku berhenti!. Gaji lambat, bulan depan baru dapat gaji bulan ni, ikut hari punya gaji, biasa adalah dapat dalam RM1200-RM1300.. nasib la,
tetapi aku boleh tahan kerja selama setahun lebih dekat situ, sebab? ada masa lapang je, aku buka korean drama online.. laju BEB! dekat office. KIH3

Aku dapat kerja GOLF Pula, sebagai sales assistant. Basic RM900.. time aku nak berhenti, bos aku nak up kan gaji basic aku sebab aku ni pekerja yang boleh diharapkan (anak emas bos la katakan..) hahaha time berhenti siap belikan aku beg ADIDAS.. Aku kerja 4 bulan je. Best kerja ni, tetapi yang x best, pekerja sorang tu pemalas, so aku yang banyak buat kerja (sebab tu bos sayang aku)..haha. Macam-macam orang aku jumpa, Korea,Melayu, Jepun,Cina,India,Indonesia,Mat Saleh dan lain-lain., Yang aku ingat pasangan suami isteri jepun ni, setiap kali isteri dia datang kedai, pasti! akan lambai2 tangan dekat aku. aku pun lambai2 tangan balik dekat dia. (memory yang best). Nanti aku cerita pengalaman ini juga ya.

Intro ni banyak pula aku cerita. X masuk Bab bercinta lagi. hahaha

Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS